Tak sangke badan aku memang lemah giler. Kesnye bile hari jumaat yang lepas (semalam) mase pergi mid valley dengan mama n abang, aku hampir2 pitam.
SEBAB: Mama bawak laju sangat kat jalan yang banyak selekoh. Pening aku kat belakang.
Serius, alasan ni memang macam sengal ubi. Pasal hal simple macam tu aku hampir-hampir buat free show kat tengah-tengah mid valley tuh. Mula2 malas nak beritahu mama dengan abang yang aku tengah pening macam gile. Tapi bile pikir-pikir balik, kang terkejut badak pulak diorang kalau aku tibe-tibe tertiarap cium lantai mid valley tu.
Pastu terus pergi makan kat food court. Kat situ aku try makan makanan Korea yang selalu aku tengok pelakon2 dok hadap dalam drama Korea tuh. Name makanan tuh aku dah lupe. Eh, bukan. Tak pernah tahu pun. Sebab panjang sangat. Tak terbace aku.
Tapi gambar makanan tuh ade dalam simpanan.
sup tuh sup ikan..yucks..(ish, xbaik)
kubis tuh masam giler.
semua pun sayur kecuali cebisan2 ayam.
rupe makanan nie selepas di gaul sebati.
Yang tak boleh blah, orang yang jual makanan tu memang peramah gile. Asyik tersenyum je. Kalah participant Miss Universe. Tak penat agaknya otot-otot pipi dia tersenyum-senyum. Pastu duk sebut 'eo-seo-o-se-yo' (tak tau eja betul ke tak, nie main C&P je) meaning welcome in Korea. Tapi yang bestnye bile abang aku gatal2 duk sebut ' semua pun sayur'. Saje nak menganjing orang yang jual tu. Sebab memang sayur je pon yang ada dalam mangkok tuh.
Overall, okaylah. Tak rugi nak cuba. Bukan selalu pun. (^-^)\/